Jika kita perhatikan akhir-akhir ini, nyawa manusia sudah menjadi begitu murah. Tiap-tiap hari ada saja kematian, samada dibunuh atau membunuh, berlakunya gempa bumi, kemalangan, banjir, wabak penyakit dan berbagai-bagai lagi bala dan bencana dari Allah s.w.t. Dunia sesungguhnya semakin bergelodak seolah-olah kapal di lautan, jika tidak dikemudikan dengan baik, binasalah jawapannya.
Setiap makhluk terutamanya manusia pasti akan menemui mati. Cuma tempat, masa dan bentuknya tidak kita ketahui, kecuali Allah s.w.t. Di sebalik Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.
Manusia semacam ini sentiasa merasai bahawa setiap tingkahlakunya diperhatikan Allah s.w.t. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di hari qiamat nanti.Kesakitan bila nyawa dicabut oleh Malaikataul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.
Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda yang bermaksud : "Bahawa Rasullulah mengingatkan tentang mati dan keseksaanya, maka sabda Baginda : Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang."
Bayangkanlah, jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan. Bayangkanlah sendiri.
Cuba kita tanggalkan pula kuku kita dari isinya, pasti sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan
dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan ini pun tidak mampu
menghilangkannya, semuanya ini cuma secebis bandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu lebih sakitnya daripada itu.
Oleh yang demikian untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh Malaikatul maut maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-
Sebelum Tidur
1.Bacalah Surah Al-Ikhlas tiga kali.
2.Selawat ke atas Nabi.
3.Beristighfar.
4.Membaca tasbih.
Amalan Harian
1.Sentiasa membaca Al-Quran.
2.Memelihara sembahyang terutama sembahyang fardhu.
3.Menghormati (jangan brcakap) waktu azan diperdengarkan
4. Membaca tasbih
5. Membanyakkan sedekah
6. Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan Yang Perlu Di Jauhi
1. Dusta
2. Khianat
3. Mengadu domba
4. Kencing berdiri
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersucilah kamu sekelian dari buang air kecil, kerana
sesungguhnya kebanyakkan siksa kubur itu dari sebab buang air kecil"
Pada saat roh orang-orang mukmin dicabut, maka Jibril a.s. memaparkan sayapnya yang kanan
sehingga ia dapat melihat tempatnya di syurga serta merindukannya dan terus menerus
memperhatikannya dan tidak mengalihkan pandangan walaupun ayahnya, ibunya atau
anak-anaknya oleh kerana rindunya pada tempat itu.
Apabila dicabut pula roh orang-orang munafik Jibril memaparkan sayap kirinya, sehingga
orang-orang munafik itu dapat melihat tempatnya di neraka Jahanam dan terus memperhatikannya dan tidak dapat melihatnya yang lainnya walaupun ayahnya, ibunya dan anak-anaknya sendiri disebabkan takutnya memikirkan tempat itu.
Oleh yang demikian, kadang-kadang kubur itu menjadi salah satu dari taman-taman syurga dan kadang-kadang pula menjadi salah satu liang-liang neraka.
TUJUH AMALAN UNTUK MENERANGKAN KUBUR
1. Ikhlas dalam beribadat
2. Mentaati kedua ibubapa
3. Menghubungi silaturrahim
4. Jangan mensia-siakan umur dalam kemaksiatan
5. Jangan memperturutkan hawa nafsu
6. Bersungguh-sungguh melakukan ketaatan kepada Allah
7. Sentiasa berzikir kepada Allah
Sunday, May 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment