Google

Thursday, May 1, 2008

Mutiara Hati

Persoalan Iman

Iman seperti pohon yang mempunyai tujuh dahan, iaitu:

1. Dahan yang berpangkal di dalam hati dan buahnya ialah kemahuan kepada yang benar dan sihat.
2. Dahan yang berpangkal di lidah dan buahnya ialah kata-kata yang benar dan jujur.
3. Dahan yang berpangkal di dua kaki dan buahnya ialah suka mendatangi sembahyang jemaah.
4. Dahan yang berpangkal di dua tangan dan buahnya ialah sedekah dan derma.
5. Dahan yang berpangkal di dua mata dan buahnya ialah melihat kepada titisan air mata sebagai tauladan.
6. Dahan yang berpangkal pada perut, dan buahnya ialah makanan yang halal dan meninggalkan yang syubahat.
7. Dahan yang berpangkal pada jiwanya, dan buahnya ialah meninggalkan nafsu syahwatnya.

Iman itu wujud daripada berhimpunnya tiga perkara iaitu mengenai hati (tasdiq hati) dengan barang yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. perkataan dengan lidah (mengucap Dua Kalimah Syahadah) dan beramal dengan segala anggota.

Pada hakikatnya, iman itu kosong (bertelanjang) maka pakaiannya ialah TAQWA, perhiasannya sifat MALU dan buahnya ILMU dan BERAMAL..

Apabila seseorang itu mempunyai keimanan yang teguh, insyaAllah Allah menjamin keberkatan hidupnya samada di dunia ataupun di akhirat.

Iman Mempunyai 70 Cabang

Mengenai cabang-cabang iman, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Keimanan itu 70 cabangnya, yang afdhalnya ialah Laa Ilaha Illallah dan yang terendah ialah menolak akan sesuatu yang menyakiti dari tengah jalan. Dan malu itu cabang dari iman yang terpenting.

Iman yang berkaitan dengan akidah dibahagikan kepada 30 perkara:

1. Beriman dengan Allah s.w.t. dan tidak berlaku syirik kepadanya.
2. Selain Allah s.w.t. semuanya adalah ciptaanNya dan Dialah yang kekal buat selama-lamanya.
3. beriman dengan Malaikat.
4. Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah.
5. Beriman dengan utusan-ututsan Allah.
6. Beriman dengan takdir Allah, samada baik dan buruk semuanya dari
Allah.
7. Beriman dengan hari qiamat.
8. Beriman dengan adanya syurga.
9. Beriman dengan adanya neraka.
10. Mencintai Allah dengan sebenar-benarnya.
11. Mencintai dan membenci seseorang kerana Allah.
12. Mencintai Baginda Rasulullah s.a.w.
13. Ikhlas
14. Taubat
15. Takut kepada Allah.
16. Mengharapkan rahmat Allah.
17. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
18. Bersyukur
19. Menepati janji.
20. Bersabar
21. Tawaduk
22. Mengasihi dan bersikap lemah lembut.
23. Redha dengan apa yang ada.
24. Tawakal
25. Jangan sombong
26. Menjauhi kemarahan
27. Berperasaan malu
28. Menjauhi iri hati, dengki dan hasad
29. Menjauhi kekecohan seperti buruk sangka dan tipu daya.
30. Jangan terlalu mencintai dunia

Iman yang berkaitan dengan lidah terbahagi kepada 7 perkara:

1. Mengucap dua kalimah tayyibah(syahadah)
2. Membaca Al-Quran
3. Mempelajari ilmu agama
4. Mengajar ilmu
5. Berdoa dan bermunajat
6. Mengingati Allah dan beristighfar
7. Menjauhi kesia-siaan

Iman yang berkaitan denan tubuh badan. Ianya terbahagi pula kepada 3 bahagian lain:

1. Berhubung dengan diri sendiri. Ia terbahagi kepada 16 perkara.

1. Kebersihan, pada badan, pakaian dan tempat tinggal.
2. Melakukan ibadat sembahyang dengan bersungguh-sungguh.
3. Sedekah dan berzakat
4. Puasa
5. Haji
6. Iktikaf
7. Meninggalkan kampung halaman untuk menegakkan agama
8. Menunaikan nazar
9. Menunaikan kifarah
10. Menutup aurat
11. Berkorban
12. Menyempurnakan jenazah
13. Menjelaskan hutang
14. Membaiki muamalah
15. Manjadi saksi terhadap perkara yang benar
16. Wajib wara' dalam makan minum dan menjauhi perkara yang tidak halal

2. 6 perkara Iman mengenai orang lain

1. Menjauhi perzinaan
2. Menunaikan hak anak dan isteri, hamba dan lain-lain
3. Menunaikan hak kedua ibubapa
4. Memberi didikan agama kepada anak-anak
5. Menghormati orang yang lebih tua
6. Mempereratkan silaturrahim

3. Iman mengenai hak orang ramai secara menyeluruh. Ianya terbahagi kepada 18 perkara:

1. Memerintah dengan adil
2. Menyertai jamaah
3. Mentaati hakim ( yang hukumnya tidak bertentangan dengan Agama Islam)
4. Membaiki keadaan semasa secara sukarela dan untuk keredhaan Allah semata-matanya.
5. Menyuruh melakukan kebaikan dan menegak kemungkaran
6. Membantu seseorang ke arah kebajikan
7. Memelihara batasan Allah
8. Berjihad
9. Menjaga amanah
10. Membayar hutang
11. Menghormati jiran tetangga
12. Muamalah dan mencari harta dengan cara yang baik
13. Membelanjakan harta di tempat yang diredhai Allah, jangan membazir, boros dan kedekut.
14. Menyelamatkan penduduk dunia dari kerugian dan penderitaan.
15. Bersalam-salaman
16. Mengucap Yarhamkumullah bila orang bersin
17. Menjauhi sia-sia dan perkataan yang melampau batas
18. Menolak dan membuang benda-benda yang boleh menyakiti orang yang lalu lalang di jalanan.